Monday, August 3, 2009

Mengapa Saya Sokong Spurs...?

Salam sejahtera semua...


Mengapa saya sokong kelab ini? Mengapa bukan "the big 4"?


Ya! Alangkah bahagianya mungkin kalau kita menjadi penyokong kelab-kelab tersebut... Man Utd, Chelsea, Liverpool... err Arsenal dan mungkin giants from other league...


Flashback...


Ketika itu hanya tahun 80'an.. semasa saya di sekolah rendah mungkin atau tadika... dengan TV hitam-putih (tak lama lepas itu ayah beli TV warna kotak kayu jenama Sanyo), saya masih ingat menonton perlawanan bolasepak luar negara buat pertama kalinya... dan saya masih ingat pemenang perlawanan itu (bukan live) adalah tidak lain tidak bukan Tottenham Hotspur!


Sejak dari itu nama itu tidak pernah saya lupakan. Masa itu saya pun baru belajar main bolasepak... dengan bola getah lembik, tiang gol antara pokok getah (dengan abang bergilir-gilir menyepak) saya menganggap saya dari pasukan ini... walaupun tiada satu nama pemain pun saya ingati... maklum sahajalah masa itu kurang kemudahan.. keluarga pun tak mampu nak beli suratkhabar hari-hari.


Sehinggalah di sekolah menengah (tahun 90'an) barulah saya mula mengenali kelab ini dengan lebih mendalam. Masa itu kawan-kawan majoriti penyokong Man Utd dan Liverpool. Masa itu populariti English Premier League meningkat dengan mendadak... Serie A Itali makin dilupakan di negara kita...


Dan kini dengan teknologi semakin canggih, broadband, TV satelit nampaknya saya semakin dekat dengan kelab pujaan saya.


Cita-cita saya pastinya satu hari nanti untuk ke White Hart Lane ataupun apa nama stadium baru yang akan dibina nanti...


Ataupun mungkin untuk melihat Spurs kembali menjadi kelab ternama di EPL dan Eropah...


COYS